Wednesday 30 May 2012

kertas itu

assalamualaikum




last paper. ethnic relation, euw 235. dewan 2020 menjadik titik terakhir sebelum afiq menamatkan semester ke6 sekaligus berakhirlah tahun ketiga nya sebagai pelajar biomedik engineering. oh afiq benar-benar ghairah untuk menghabiskan subjek ni. die semakin tak saba untuk menjawab, untuk mencurahkan segala apa yang telah dipulunnya sejak 3 hari lepas. dan afiq berjanji akan memberikan yang terbaik untuk las papernya ini.


langkahan kaki kanan yang pertama memasuki dewan yang sebesar gah alam itu. afiq terasa seolah baru masuk ke dalam satu dunia yang baru, alam yang dipenuhi dengan ramai manusia yang berpusu-pusu mencari tempat duduk masing-masing. dan yang pasti, setiap manusia itu mempunyai misi dan visi yang sama. iaitu memberikan yang terbaik untuk last paper ini. 


afiq mengenal pasti tempat duduknya. dia pasti meja nya bernombor 203.
"pergh. depan betol aku duduk. jem. jem", afiq bermonolog sendirian. 
namun jauh di sudut hatinya, afiq tak berapa kisah sangat dengan tempat duduk ini walaupun sebenarnye die mengidam untuk duduk di belakang sekali. sudah menjadi kelaziman buat afiq untuk duduk di barisan belakang sekali dan melihat gelagat manusia menjawab soklan peperiksaan. terkala, afiq pasti akan tergelak sendirian apabila melihatkan ada manusia yang menongkat dagunya, menggaru-garu kepala yang tidak gatal, malah ada yang minun air tanpa henti. mungkin manusia itu berpikir bahawa dengan cara meminum air dapat memberikan idea. ah mungkin jugak. tapi akhirnya, tandas juga yang menjadi manusia itu. haha. klaka. 






afiq menunggu untuk peperiksaan bermula. die betul-betul tak saba untuk memulakannya dan menamatkannya jugak. tapi lain yang ditunggunya, lain pula yang muncul. bagaikan bulan yang muncul di siang hari, dan yang lebih spesifik, di dalam dewan ini. 
'cantik!'.
satu perkataan yang sudah cukup untuk menggambarkan keasyikannya melihat wajah cantik di hadapannya kini. afiq hilang fokus seketika. haha. dia tergelak sendirian. 
'aku nak kenal dengan perempuan ni', afiq menyatakan hasrat sambil terus bermonolog sendiri. namun die perlu menamatkan las papernya ini dahulu.




lima tahun kemudian


'hubby oh hubby', suara kecil ika memanggil-manggil afiq seraya baru pulang dari kerja. afiq yang dari tadi menunggu kepulangan isterinya yang sangat dicintainya sambil bermenung panjang. pada afiq, dia tak akan melupakan kejadian di dalam dewan 2020, las paper nya pada tahun tiga pengajiannya dulu. las paper itu menjadik titik pertemuannya dengan nurul khalida zulaikha binti abdul manaf atau yang lebih mesra dikenali sebagai ika. afiq kini lebih bahagia kerna paper etnik itu. afiq terus-terusan berasa bahagia seraya menjawab panggilan isterinya yang tersayang itu, 'iye sayang'.


lantas mereka berdua yang bahagia berjalan seiringan menuju ke dalam rumah sambil berpegangan tangan. mahligai yang mereka bina kini lebih bahagia semenjak mereka dikurniakan rezeki yang tidak putus. 2 bulan menyulam kasih memadu asmara, ternyata nasib menyebelahi mereka apabila doktor mengesahkan bahawa kandungan ika kini berusia tiga miggu. ternyata mereka saling melengkapi dan lebih bahagia.(^.^)


kbai.






eh2 pehal de muke iklan gigi colgate kat sni ?
sebeb ni la calon paper etnik nanti. haha




ps :: cubaan pertama tulis cerpen.
ps2 :: mud exam etnik.
ps3 :: aku nak macam ni jugak nanti. haha.



2 comments :

  1. nice try... jalan cerita simple. dan ringan. Terlalu...mungkin boleh tambah sesuatu...dan gaya penulisan, mungkin boleh diperbaiki.. hehe.

    eh, aku pun tak expert sangat nak komen cerpen orang, tapi cerita ni ringan, senang difahami, cuma you can better than this.. eh, aku dulu pun cam ni juga... hahhaha.
    by the way, nice try.. =).

    #good luck exam. =)

    ReplyDelete
  2. hehe.tenkiu reenapple. idea wktu maghrib je ni.
    ok2.akn cube lagi pasni.
    ngee~

    ReplyDelete