Saturday 19 May 2012

cinta dan cantik

assalamualaikum


cinta dan cantik. dua jenis perkataan yang sangat tipikal namun menberikan gabungan yang sangat mantap. 


katakan. siapa saja yang tak sukakan bercinta. semua orang sukakan cinta. suka pulak dicintai. suatu jenis perasaan yang sangat istimewa. yang boleh menggetar jiwa, membikin sejuta rasa penuh bahagia. perasaan yang timbul sukar ditaksirkan dengan kata-kata.  hanya mereka yang merasai nya akan kenal akan perasaan sebenar. hidupnya akan mula berubah. penuh gemerlapan penuh keceriaan. malam terasa siang, siang terasa malam. realiti seperti di alam fantasi. berpijak di bumi terasa di awangan. senyum pula tak pernah lekang di bibirnya. ternyata. cinta memberikan impak yang besar kepada setiap individu.



bagaimana rasanya ya jatuh cinta? sukar, susah untuk ditafsir. suatu perasaan yang sangat indah. tapi bagaimana pula cinta dan cantik itu menjadi suatu pelengkap? oh mereka yang bercinta pastinya mengerti. bukanlah dengan mengatakan bahawa hanya orang yang cantik sahaja boleh bercinta tapi semua orang yang bercinta akan merasa cantik. 


cantik kerna pujian dari si dia yang tak pernah lekang. cantik kerana punya teman jiwa yang membahagiakan. hidup umpama di tengah lautan bahagia. pujian penuh ikhlas, penuh kasih sayang memberikan impak maksima yang tiada hentinya. hari bahagia penuh rasa. tiada kecewa tiada duka. menambahkan semangat yang menerbitkan suatu rasa keyakinan. oh bahagianya mereka dek kerna cinta. akan tetapi cintailah mereka yang selayaknya sahaja. kerna cinta Allah tetap jua harus menjadi yang pertama. 


pabila cinta Allah melebihi cinta manusia, pasti bahagia itu akan lebih bersama. mudah-mudahan sinar bahagia akan muncul jua kerna cinta itu haruslah sampai syurga. amin


kbai.

ps :: entri di tengah hari lepas lunch. *gamba impot dari mr google*ngeh3.








No comments :

Post a Comment