Thursday 31 May 2012

ala jangan jangan

assalamualaikum



JANGAN dalam Islam


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
bangun pagi, pintu dibuka luas, rezeki mudah masuk. berkat2.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
dimulakan dengan bismillah, diakhiri dengan alhamdulillah. 

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
natural beauty itu tetap lah yang paling cantik.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
mulakan dengan langkah kanan, pasti bertambah berkat dalam hidup. 

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. 
 pakai selipar sepasang kan lagi bertambah cantik sebenarnya.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
jaga mata jaga hati. dari mata turun ke hati. mata suci, hati pon suci. 

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
ajal dan maut di tangan tuhan. bertaubat sebelom terlambat. jangan nak dok tangguh sebab malaikat maut tak pernah tangguh-tangguh cabut nyawa manusia ni.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
sorry seems to be the easiest word. (^.^)

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
dosa pon bertambah. umpama macam makan daging mereka.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
jangan malu untuk bergantung pada Allah. sebab Allah itu memang tempat kite bergantung sebenarnya. 

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
makin banyak kite memberi, makin bertambah la rezeki yang datang besok-besok.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
bersederhana dalam apa jua keadaan. senyum sampai nampak semua gigi takpe.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
kalu tak menipu, pastinya salah sangka pun takkan jadik jugak.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
tade makhluk yang paling berkuasa. melainkan Allah yang maha Esa.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
kadang-kadang masalah yang datang tak perlu difahami dan tak perlu diselesaikan. sebaliknya terima masalah seadanya sebab semuanya akan berlalu pergi juga.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
everything happened for reasons. 


kbai.


ps :: entri kopipes plus++ ulasan sendiri.
ps2 :: tak jadik puase harini.
ps3 :: tensen study wik da nak abes. 

2 comments :

  1. sometimes apa yg tak boleh, itu lah yg nak sangat buat. peringatan utk diri sendiri juga. thanx share..=)

    ReplyDelete
  2. yup3.btol tu raihan.sme la kite.
    yg jangan tu la yg kite nak buat ye.
    sme2 mhsabh dri.(^.^)

    ReplyDelete