Sunday 22 April 2012

matang pada usianya

assalamualaikum

matang itu umpama cantik. kalu cantik itu subjektif, begitu dengan matang. setiap orang menilai kematangan dengan point yang tersendiri. aku juga begitu. sekali melihat tingkahlaku, cara pemakaian, percakapan, cara berjalan, matangkah orang itu? matang mungkin. matang luaran. dalamannya pula, matangkah?


adikku, sedang meningkat remaja, usia sedang bertambah dengan cerianya. ari-ari dilalui dengan gembira. namun mungkin matangnya belum sampai pada usianya. seorang yang sangat rajin, tidak membangkang orangnya jauh sekali melawan cakap. aku sayang padanya. kerna sayang, aku turut sedih jika dia bersedih.

otw to tc :: 22012012


pada suatu hari, jauh di sudut bilik, kedengaran esak tangis insan yang aku sayangi sepenuh jiwa.air mata mengalir deras, esakan bertambah kuat, sedu sedan semakin kedengaran. menangis kerna sedih. sedih kerna masih belum dapat menerima teguran orang sekeliling. sedih kerna kesalahan sendiri yang masih belum diterima hati. 


aku tak mahu dia menangis lagi. esakan dia perlu dipujuk. segera aku masuk menemani dan menasihati. ya aku perlu terangkan padanya. die perlu menjadi lebih matang. matang dalan pemikiran, matang dalam penerimaan. die perlu tahu dan die perlu matang.

lantas aku bercakap umpama ketapi yang tak mahu berhenti.
wahai adikku, ketahuilah bahawa matang itu adalah apabila kamu boleh trime semua orang di sekeliling kamu seadanya. tanpa rungutan, tanpa sungutan. menerima orang lain dari segi kelemahan, kelebihan, keburukan dan juga kebaikan. ia bukanlah suatu proses yang mudah. berterusan dan berpanjangan. penerimaan juga haruslan tanpa sebarang penilaian terutamanya ke arah keburukan. matang itu juga harus disertakan bersama dengan cara bercakap, berjalan, bergaul, dan macam-macam lagi. dan jangan lah risau kerna matang itu pasti akan datang dengan sendiri nya. dan masanya itu pasti tiba tak lama lagi.
tamat perbualan. die menerima nasihat aku seadanya. nak tak nak die perlu menerimanya. die sedang membesar dan die perlukan panduan untuk idup. aku tak mahu die kalah. aku tak mahu die tensen. tensen kerna orang sekeliling. kerna die perlu tahu

life is too short to stress yourself  yourself with people who dont even deserve to be an issue in your life.
kbai.

ps :: ceramah semalam masih terkesan.




No comments :

Post a Comment