Sunday 15 April 2012

Manusia dan kisah silam.


11 april 2012 0718 malam

Assalamualaikum.

Ya. Setiap orang punya kisah silam. Aku sendiri punya kisah silam. Tanpa kisah silam, mungkin aku takkan jadik seperti aku hari ini.

Kisah silam manjadi satu memori yang takkan pudar buat selamanya, melainkan jikalau kalau hilang ingatan.dem!!~haha.

Ya. Kisah silam ini mungkin sekali menjadi suatu kisah yang sangat manis. Dan mungkin juga menjadi suatu kisah yang sangat pahit. Namun masa pastinya mampu merubah suatu kisah yang manis menjadi pahit. Dan mungkin juga merubah suatu kisah yang pahit menjadi manis.

Masa berlalu terus. Namun takkan pernah membawa kenangan ini pergi berlalu.  Masih menapak di takuk yang lama. Masih terus bernafas bersama setiap detik kenangan itu.

Aku tak perlukan masa untuk lupakan semua kenangan ini. Kerana kenangan itu takkan pernah berganjak sedetik pon daripada hidup aku ini. Aku masih kuat, terus kuat dan akan menjadi semakin kuat.




Kbai.

Ps :: pertemuan sebentar di kepsi yang berakhir dengan seribu satu persoalan.

No comments :

Post a Comment