Digital clock

Thursday, 5 April 2012

sejuta pengorbanan tiada tandingan


assalamualaikum.

Anak ibu dan ayah. Suatu jalinan dan ikatan yang terjalin sejak azali. Takkan pernah boleh dipisahkan. Takkan pernah ade penghujungnya. Saat termangu seketika, merenung jauh, terdetik di hati yang kecik, kagum akan kesabaran dan pengorbanan seorang kawan.

pengorbanan yang tiada penghujungnya.


Dalam sekelip mata, kehidupan mereka berubah.  Ibunya sakit. Ayahnya turut sakit. Tanpa petunjuk tanpa petanda. Tanggungjawab jatuh di bahunya.

Namun tak pernah sekali rungutan diterima. Tak pernah sekali rungutan merungut. Tanggungjawab dipikul, diterima dengan hati yang redha.

Pengorbanan bermula dengan kerja cuti kerja cuti, penjagaan ibu dan ayah 24 jam sehari 7 hari seminggu.  Tiada rungutan tanggungjawab diteruskan.

Sesekali hati terusik. Masakan tidak, susah sekali mahu ketemu anak yang sanggup berkorban sedemikian 
rupa.

Duhai Tuhan, berikan kawan kebahagiaan. Berikan kawan kejayaan. Berikan kawan kesenangan.
Tiada lagi kesedihan. Tiada lagi kedukaan.  Moga kawan akan ditambahkan kesabaran.

banyak bersabar besar ganjarannya.


Kbai.

ps :: besok balik.
ps2 :: aku bersyukur.

2 comments :

  1. w'salam. La tahzan.

    Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah sampai ke mati.

    - InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.doakn peren kwan saye cpt smbuh ye.
    amin.=(

    ReplyDelete