Wednesday 5 December 2012

pemandangan yang terindah

Assalamualaikum...

Disember datang kembali. meninggalkan November yang menjauhi. semakin menjauh dan tak mungkin dapat bertemu kembali. begitu juga dengan Oktober, September dan bulan-bulan sebelumnya.

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3] 
 
Tepat, benar dan jitu sekali. sedar tak sedar, masa cepat sangat berlalu.
sedar tak sedar, makin banyak masa pergi begitu sahaja.
sedar tak sedar, mati dan alam kematian semakin menghampiri.
sedar tak sedar, bekalan yang masih belom mencukupi tak ditop-up secukupnya.

ingatlah mati. yang akan datang. itu memang pasti.tapi tarikhnya masih tak diketahui. bersiaplah dengan kelengkapan diri dan peribadi. kerna kita, pasti akan berada di sana jua nanti. 
 
dan jelasla, pemandangan yang terindah itu akan menjadi tempat kita bersemadi. satu hari nanti. mudah-mudahan segala urusan sentiasa dipermudahkan olehNya. 


ps : sesame menginsafi diri sendiri.
ps2 : tq tenet for pitcha.!~

No comments :

Post a Comment