Monday 30 July 2012

maafkan aku


assalamualaikum...

1 ramadhan. permulaan hari bahagia penuh makna bagi umat islam seluruh dunia, tidak terkecuali aku juga. di kala gembira dan bersyukur menyambut bulan baru, aku juga serta merta da buat satu keputusan yang sangat nekad. terpaksa dan perlu. setelah 5 tahun menyulam kasih, akhirnya hubungan cinta berakhir juga.

tiada punca utama. tiada alasan yang mengade. hanya kerna setelah memikirkannya, keputusan ni harus juga. sedikit terpaksa, sedikit merela. bukan hati tidak merana tapi memikirnya hari kemudian, sakit hari ini harus ditelan juga.

berkat kekuatan dan sedikit keazaman, kata putus akhirnya dilafazkan. tanpa sebarang desakan, keputusan adalah dari hati dan sanubari sendiri. mungkin si dia akan kecewa tapi maafkan saya. keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama.

dia tidak menerima apatah lagi untuk merela. berat untuk dilepaskan. banyak kenangan harus dilepaskan. banyak sakit yang harus ditelan. banyak tohmahan yang harus dihadam. tapi hakikat realiti manusia, manakan boleh ditutup mulutnya daripada berbicara.

rayuan diterima lagi. hubungan mahu diteruskan. alasan diperlukan, restu dan harapan. kesedihan datang berselubung, mungkin tiada jodoh lagi. perasaan tidak boleh ditipu lagi. restu harus bersama untuk meneruskan hubungan ini.

awak. maafkan saya. saya bersalah. saya bukanlah perempuan yang memilih harta tapi saya masih perempuan yang memerlukan laki yang direstui keluarga. mudah2an Allah bersama saya. istikharah, hajat, tahajjud masih diteruskan seperti biasa. kekuatan diperlukan. ketabahan ditambahkan.

mudah2an si dia dapat menerima keputusan ini seadanya. amin.



kbai.


2 comments :

  1. Banyakkan bersabar ye... banyakkan berdoa... InsyaAllah, akan di permudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.mdh2an la ye.thnx 4 ur advices.(^.^)

    ReplyDelete