Digital clock

Tuesday, 24 July 2012

mata hati perasaan

assalamualaikum

mata hati perasaan. 3 perkataan banyak makna tapi saling berkaitan antara sesama. ternyata antara mereka bertiga, cukup susah untuk menipu, cukup tak bijak untuk tidak berkata benar.

mata yang bulat, sepet, terang, bundar punya satu sifat yang sama. tidak bisa berkata tapi sentiasa menunjukkan satu maksud yang dapat dibaca semua. kesedihan melanda, kolam takungan mata pasti akan penuh serta merta tanpa dipaksa tanpa direla tanpa dapat diseka. oh mata menangis. pabila bahagia datang menjelma, mata berkaca penuh bahagia datang menerpa. hati melonjak bahagia pasti tergambar jelas di matanya yang penuh intan permata. ternyata mata yang kecil, peranannya cukup besar, jelas tergambar dan memang dipunya oleh setiap manusia. syukuri nikmatnya.

sekeping hati dibawa berlari (aku ta tau lagu nasyid aku ni betol ke tak). dibawa pergi jauh. dicuri oleh jejaka sesiapa. mudahnya serahkan hatinya si dara pada teruna. bahagia bersama. enak diulit bahagia. tatkala kebosanan menghampiri, si teruna meninggalkan si dara. oh si dara mula merana. tapi mana mungkin hati dipulangkan dalan keadaan asalnya. hatinya yang dulu cantik bersih suci, kini terluka, dicalari, digarap dengan kesedihan dan kemurungan. hati si dara terkunci untuk sesiapa jua. nekad untuk tidak bercinta mana mungkin untuk menerima insan asing dalam hatinya. hatinya tidak bisa menipu. sesiapa jua yang datang menjengah hatinya,tidak pernah berjaya walaupun seketika. ternyata hatinya yang lama tidak bisa menipu sesiapa dan termasuklah hatinya.

perasaan. penatnya manusia bermain dengan perasaan.andai perasaan itu bahagia dan gembira, haruslah ia kekal bersama dan tidak pula pergi jauh darinya. hari2 penuh ceria. umpama mengira butir pelangi yang tak pernah habis ditelan sesiapa. umpama mengira butir permata dalam celahan pasir tapi penatnya tak pernah terasa. oh perasaan bahagia yang sangat ingin dimiliki oleh sesiapa. if skating is great, but true love is even better. damn serious. tetapi andai bahagia hilang entah ke mana, pasti sengsara datang menjelma. sengsara yang datang bersama kabar duka. hari2 yang ceria hilang entah ke mana, tanpa sebarang petunjuk dan arahnya tapi semuanya kian jelas tergambar di riak wajanhnya. bersama tangisan, hilangnya senyuman, perginya keketawaan. perasaan yang sekeping tapi tergambar oleh oleh soul yang satu. 

mata hati dan perasaan yang merangkak ke alam dewasa tapi masih punya sifat yang murni. memang tak pandai menipu. oh manusia. kepada hati, bersabarlah. andai hati tidak boleh menipu, mudah2an Allah membaca seluruh isi hatimu. mana mungkin kabahagiaan datang bergolek begitu saja.

kbai

ps :: coretan semata, tiada kaitan dengan sesiapa.





No comments :

Post a Comment