Digital clock

Tuesday, 26 February 2013

PENDEK dan KUMPUL

Assalamualaikum...

Selasa. Rase macam nak berstori mori samting.
Yang jugak experiencing by me.
Jadik tak lame dulu, dalam sepoloh hari yang lepas.

Kisah nye bermula mase aku nak balik menuju perlis yang indah permai ni.
Hati rase tak saba nak balik sini.
Bile duk cuti kat rumah, tetibe rase rindu pulak kat suasana padi kat sini.
nyaman, selesa, besh. 
kepada sesape yang belom merase suasana perlis, please come here. no regret tau. hehe~

Berbekalkan tiket 17 Feb, dengan menaiki bas Sri Jengka Jengka Liner, ke Perlis juga aku akhirnya.
As usual, bas jalan sekejap, pastu mesti benti kat stesen bas Temerloh, amek orang lagi. n yang paling penting, nak kene qada n jamak maghrib dan isyak.

Then, aku pun turun la sengsorang. bile aku turun jejalan sesorang, aku bukan loser ok. haha.
tapi sebab kawan aku ehem2. so, aku konon2 indi je la kan. hehe~
bile aku da sampai kat surau, takde la crowded sangat dalam tu.
kirenya macam yang amalina cakap, yang sedang sedang saja. hehe~

Mase aku n jemaah lain tunggu nak masuk maghrib tu, tetibe ade la sorang akak kat sebelah aku ni.
Ramah mungkin, dalam nada nak bertanya n ajak borak.
Nak je aku tulis conversation ktorang kat bawah ni, tapi rase macam nak tulis citenya aje.
pendek sikit ye dok.

Akak yang berhitam manis mulakan perbualan.
Bertanyakan tentang niat solat qasar dan jamak.
tetibe aku jadik gugup. bukannye aku tak pernah buat, selalu buat, tapi bile ade orang tanye, mesti jadik gugup nak jawab. selenge kan? haha~
so aku jawabla macam yang aku selalu buat tu. then lepas je aku cite sikit2 yang konon2 macam ustazah, tetibe aku rethink, betul ke ape yang aku cite tadi? betul ke ape yang aku cube sampaikan tadi? 

Tetibe rase macam samting pulak. then terus kuatkan hati, yakinkan diri.
lagipon tak jumpe da akak tu lepas ni, so tade pape kot. hehe~

Lepas siap semayang sume tu, aku naek bas macam biase, duduk, piki2 kejap, pastu terus sambung tido. haha~

tapi cite ni tak habis lagi.
ape yang cube sampaikan kat sini adalah, akak tu merupakan suatu medium yang telah Allah hantar pada aku sbg PERINGATAN.
peringatan pasai ape? pretty sure about my niat semayang.
this is not about niat semayang 5 waktu macam kite blaja dedulu mase dajah 1, dajah 2 dulu.
tapi ni niat solat qasar dan jamak. yang mana suatu rukhsah yang Allah kurniakan untuk seluruh umat kekasihNya. kalu tak silap, aku belaja semayang ni mase dajah 5 mungkin.
PENDEK dan KUMPUL.

so, camne niat sebetulnya untuk solat qasar dan jamak ni? let recheck diri sendiri.
Ekceli ade due care nak jamak ni.
jamak taqdim ngan jamak takhir.

jamak takdim tu maknenye, semayang asar diawalkan dalam waktu zuhur.
semayang isyak diawalkan dalam semayang maghrib.

jamak takhir pulak, semayang zohor dimasukkan dalam solat asar.
semayang maghrib dimasukkan dalam solat isyak.

Qasar ni pulak maknenye memendekkan semayang yang empat rakaat kepada dua rakaat. contohnye macam semayang Zohor, Asar dan Isyak. no untuk subuh ngan maghrib ok. huhu~
 

jom tengok niatnye semula ye.

Jamak Taqdim dan Qasar
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى


“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى


“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

Jamak Takhir dan Qasar
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.


Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.

tapi kene engat pulak, bukan suke2 aje boleh buat solat ni. sebab nye, kemudahan /rukhsah tu datangnye bersyarat.
ape pulak syarat yang membolehkan solat ni dikerjakan?

Syarat Jamak Takdim :
 

i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.


Syarat Jamak Takhir :
 
i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.


 
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
 

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya


so, betulkan niat, teruskan bermahmudah, dan cube la hindari mazmumah.
keredhaan dicari, kebahagiaan ditemui.
salam penuh hikmah untuk cube berubah.

kbai.

ps : cube jadi yang terbaik.



 











No comments :

Post a Comment