Wednesday 13 February 2013

Doa Dijauhkan Perbuatan Sihir

Asslamualaikum...

Jumpa lagi ye kawan-kawan. alahai. dah macam jadik host kat tb plak kan? haha~
masih lagi berkisar pasal doa.
kali ni lebih pada cinta dan sihir.

sihir dan cinta.
salah satu tajuk dalam cite semanis kurma.
aku tertarik dengan tajuk nye. then aku punye la tunggu. sebab aku nak tau ape yang ustaz akan bincangkan dalam cite ni. then,i got this.

another doa untuk menghindarkan perbuatan sihir dan ilmu hitam.
well, yang macam kite tahu, disebabkan perasaan cinta, sayang dan nak yang terlampau, tak mustahil some individu akan gunekan jalan singkat ni. bunyik macam nonsense, tapi contoh paling dekat, sile la tengok cite minyak dagu ye. seram, menakutkan dan mintak dijauhkan jugak.

doa nye mudah jugak. ape yang aku dapat drpd ustaz dalam cite tu, boleh amalkan banyak ayat. tapi aku sempat tangkap kuat2 tige ayat saje. then, aku google semule, rupe2nye ade 9 ayat saje.
tapi kan, kalu kekorang rase macam banyak sangat 9 ayat tu, boleh jugak amalkan 3 ayat aje. surah yusuf dengan surah tahaaa.

sikit aje pong. mudah untuk diamalkan selalu. untuk perlindungan diri sendiri jugak kan.
sebab kite tak pernah tahu ape yang ada dalam isi perot orang lain.
bukannya sebab nak pesimis kat orang lain, bukan sama sekali, tapi sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri sendiri. tak gitu ye dok? hehe. membebel panjang pulak dah. 

strek to de point. doanya :
1.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )
2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )
3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )

Surah al-A'raf

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118) فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ | 122

Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122). 


Surah Yunus

فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ | 82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82). 


 Surah Tahaa

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى | 69
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).

Kebanyakan pengamal perubatan memang gunakan ayat ni untuk ubatkan orang-orang yang kene sihir cinte ni. carenye :
  • Dibacakan pada mangsa sihir
  • Di tulis dengan dakwat bersih dan suci kemudian dilarutkan pada air dan di minum
  • Dibaca pada air yang bercampurkan dengan daun bidara lalu dibuat mandi
  • Dirakamkan ayat-ayat ini lalu didengarkan pagi dan petang hingga sembuh. InsyaAllah
tapi ade jugak cara lain yang boleh kite amalkan sendiri untuk melindungi diri sendiri. boleh diamalkan selalu kalu sementara nak bace doa lepas semayang tu. takpong, mungkin jugak boleh diamalkan setiap kali lepas mandi, atau sebelom tido. atau mungkin jugak waktu kekorang tengah mabuk cinte tu ke. kalu tetibe rase mabuk cinte yang lain macam, then teringat kat doa ni, so amalkan la selalu , tanpa ragu-ragu. Andai benar, rase cinte tu datang daripada Allah, pasti ia suci lagi meyucikan. kan kan? hehe~

kite hanya berusaha. seterusnya serahkan dan tawakal pada Allah. sesunnguhnya yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu, memang daripada kelemahan diri kite sendiri. mudah-mudahan kite akan terus berada di bawah payungan Allah swt. amin

kbai.

ps : feeling wanna updet blog this whole day!~

No comments :

Post a Comment