Digital clock

Monday, 25 November 2013

Jauhnya kita

Assalamualaikum...





Sangat sangat setuju dengan quote kat atas. past is past and always hoping for the best for future.
Betul, betul sesangat, bile diuji camni, rase macam nak meraung, nak nangis kekuat, terasa loser sangat bile pikikan bakal takde kije. walaupun aku tak pernah bayangkan semuanya akan jadik cmni, tapi bukan lah aku yang tetapkan semuanya. tapi itu bukan pengakhiran. kenapa mesti nak bersedih, sedangkan jalan dah ade depan mata. yang penting usaha dulu.

Perasaan semacam loser ni memang takkan lari jauh, tetambah pulak bile sesorang. syaitan datang menjenguk, bisik2, gelak2 kat telinga, then hati kecil akn mula bersuara kecewa. tapi kenapa terlalu mudah kalah dengan godaan syaitan dan sukar benar untuk kuat macam gajah. yesss, kuat macam gajah, sekali kene lenyek, setepek. hehe.

tepuk dada tanya iman. 
nape mudah sangat syaitan pengaruhi perasaan kita? 
mudah untuk buatkan kita rase kecewa?
mudah untuk buatkan rase lemah? 
mudah untuk buatkan rase putus asa?
mudah untuk rasa losernya?
ohhhh. mudah. jawapannya mudah.
kerna kita jauh. jauh dari Allah.

Jauhnya kita dari Allah.
Imbas kembali. Dhuha, witir, tahajjud, hajat, itu semua satu amalan harian satu ketika dulu, pernah seawalan dulu. tapi sekarang, semuanya hilang entah ke mana. dengan alasan, penat bekerja, dan tiada masa. Oh lupa diri seketika. tika nikmat itu ditarik semula, barula akan terjegil, terbuka luas mata.
Terdiam, lantas memikirkan sedalamnya. Mungkin ini satu peringatan untuk diri sendiri supaya tidak mudah alpa dan leka, dengan nikmat dunia, yang jelas pinjaman semata.

Oh diri, teruskan bersabar dan teruskan berusaha.
Letakkan tangan di dada, dan katakan, All is well. yesss, all is well. all is well. all is well.
Semuanya akan baik2 belaka. jangan berhenti berharap.
Kecewa itu pasti ada dalam diri semua manusia. tapi bentuk penjelmaan nya jelas berbeza.
Dan jika benar lah kecewa itu satu jalan untuk jadik kuat macam gajah, aku bersedia.


dan ya betul lagi benar, aku bersedia untuk menjadik lebih kuat.
kbai.


2 comments :

  1. Setuju! Boleh melawat masa silam tapi jangan pernah menetap di sana lagi, bersama-sama kenangan tu. :)

    ReplyDelete
  2. yeahhh leen.
    semua tu patot jadik sumber kekuatan untk terus kuat macam gajah
    ayuhhhhh

    ReplyDelete