11 april 2012 0718 malam
Assalamualaikum.
Ya. Setiap orang punya kisah silam. Aku sendiri punya kisah
silam. Tanpa kisah silam, mungkin aku takkan jadik seperti aku hari ini.
Kisah silam manjadi
satu memori yang takkan pudar buat selamanya, melainkan jikalau kalau hilang
ingatan.dem!!~haha.
Ya. Kisah silam ini mungkin sekali menjadi suatu kisah yang
sangat manis. Dan mungkin juga menjadi suatu kisah yang sangat pahit. Namun
masa pastinya mampu merubah suatu kisah yang manis menjadi pahit. Dan mungkin
juga merubah suatu kisah yang pahit menjadi manis.
Masa berlalu terus. Namun takkan pernah membawa kenangan ini
pergi berlalu. Masih menapak di takuk
yang lama. Masih terus bernafas bersama setiap detik kenangan itu.
Aku tak perlukan masa untuk lupakan semua kenangan ini.
Kerana kenangan itu takkan pernah berganjak sedetik pon daripada hidup aku ini.
Aku masih kuat, terus kuat dan akan menjadi semakin kuat.
Kbai.
Ps :: pertemuan sebentar di kepsi yang berakhir dengan
seribu satu persoalan.
No comments :
Post a Comment