Digital clock

Wednesday, 12 June 2013

Good News

Assamualaikum...

Final Year, Final Sem

terlalu banyak bende yang perlu disusun atur, dikemas cantik supaya tak berterabur
tapi dalam mase tu jugak, aku bersyukur untuk berita baik yang aku dapat
mungkin nampak biase, tapi sangat la besar bagi aku

Fes, aku da siapkan thesis dan siap untuk dihantar pada sv dan jugak panel.
tapi hardcover belom boleh buat lagi sebab belom viva.


Second. aku bersyukur jugak, sebelum aku habis final exam ni, kerja da menunggu aku.
lepas aku bertungkus lumus interbiu sana sini, terbang sana sini, prepare sume bagai, akhirnya, aku diterima. ekceli, ni interbiu aku yang ke second kalinye.
mase interbiu yang pertama dlu, mungkin aku takde rezeki lagi kot.
lega jugak sebab sumenyer berjalan lancar.
lepas habis FE, 7, 14 n 17 jun, dan jugak viva FYP 19 jun, aku da boleh stat kije 24 jun.
mudah2an sume yang dalam perancangan akan sukses sumenye.


Third. aku pun nak bersyukur jugak sebab batuk aku da sehat. 
lepas hampir 4, 5 minggu batuk kohong-kohong. tahap kesyukuran bile batuk hilang memang sangat la melampaui batas. mane taknye, waktu batuk dulu, memang rase terseksa sangat2 dan sangat2 diuji jugak. can u imagine, every day, rase dada berombak, nak makan tak lalu, nak cakap pun rase macam tak sopan bile selalu batuk camtu. tapi at last, segala keperitan itu mengajar erti penghargaan. dalam tak sedar dengan tubuh yang sentiasa sihat dan sempurna, itu sebenarnya adalah nikmat yang paling terbesar yang kadang2 mungkin kite terlepas pandang.

cite pasal batuk ni plak, teringat plak kaat pak cik bas ni. sesangat kind-hearted. mase tu aku ade intebiu kat kl, kat pj sane tu. dengan batuk yang makin teruk waktu tu, aku gagahkan diri jugak, kalu pon tak segagah badang, tapi at least aku cube la kan. so pegi sane malam selase and balik perlis semule malam rabu. aku pegi dengan madi, kebetulan sangat madi pon dapat interbiu tu jugak. aku amek bas etika, selesa sangat, air cond tak kuat sngat, bas tak laju sngat, bas on time and macam2 lagi servisnye yang memberangsangkan. mase balik tu, aku dapat seat 1a, duk kat depan yang dekat ngan pintu, dekat jugak dengan pak cik bas. 

batuk terus melanda, batuk lagi dan terus batuk. ekceli, aku memg da prepare ngan sebakul ubat-ubatan. ubat batuk wane itam tu, yang wane merah lagi, ubat flu, panadol, strepsil, fishermans friend, vicks, and air kosong jangan dilupa. so, konon2nya, nak claim tido la kan, aku pon makan la ubat batuk kaler itam aje. aku missed and tak makan ubat flu. so anak tekak aku mula menggatal dengan gatal yang sesungguhnya gatal. batuk yang menggila mula menyerang. kohong kohong keh keh and takde la bunyi kroh2. sampai satu ketika tu, batuk aku ni da mule menyerang konsentrasi pak cik bas mase bawak bas tu. pak cik bas yang caring maring siap oper air kat aku lagi, tapi aku berterima kasih je la sebab aku pon de bawak air sendiri jugak.

bas pon jalan macam biase, sampai la bas tu benti kat shell. aku pon turun sat. pastu bile aku naik bas tu semula, tetibe aku tengok ade satu air mineral kat ats seat aku tu. then, pak ck bas tu pesan, suruh minum air kosong banyak2. tetibe rase macam terharu jugak la ngan pak cik bas tu, sweet kan. hehe~
so, aku cakap terima kasih. jasamu dikenang pak cik. hehe~
at first, aku tak mau minum, konon nak simpan sbg kenangan, tapi last2 terminum jugak. hehe~


ekceli, mase otw p kl tu, ade jugak insiden yang jadik. tapi takpe, lain kali aku stori mori deh.
anyway, sambung study utk eng management plak.

kbai.

ps: counting for many important days!~

Lulu

Assalamualaikum...

Again. missing him.
and as usual, the vow, titanic and 3 idiots akan jadik saksi aku.
watching these three movies sikit sebanyak buat aku senyum sorang-sorang.
and this entri, is special for him.

kbai.