Monday 30 July 2012

maafkan aku


assalamualaikum...

1 ramadhan. permulaan hari bahagia penuh makna bagi umat islam seluruh dunia, tidak terkecuali aku juga. di kala gembira dan bersyukur menyambut bulan baru, aku juga serta merta da buat satu keputusan yang sangat nekad. terpaksa dan perlu. setelah 5 tahun menyulam kasih, akhirnya hubungan cinta berakhir juga.

tiada punca utama. tiada alasan yang mengade. hanya kerna setelah memikirkannya, keputusan ni harus juga. sedikit terpaksa, sedikit merela. bukan hati tidak merana tapi memikirnya hari kemudian, sakit hari ini harus ditelan juga.

berkat kekuatan dan sedikit keazaman, kata putus akhirnya dilafazkan. tanpa sebarang desakan, keputusan adalah dari hati dan sanubari sendiri. mungkin si dia akan kecewa tapi maafkan saya. keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama.

dia tidak menerima apatah lagi untuk merela. berat untuk dilepaskan. banyak kenangan harus dilepaskan. banyak sakit yang harus ditelan. banyak tohmahan yang harus dihadam. tapi hakikat realiti manusia, manakan boleh ditutup mulutnya daripada berbicara.

rayuan diterima lagi. hubungan mahu diteruskan. alasan diperlukan, restu dan harapan. kesedihan datang berselubung, mungkin tiada jodoh lagi. perasaan tidak boleh ditipu lagi. restu harus bersama untuk meneruskan hubungan ini.

awak. maafkan saya. saya bersalah. saya bukanlah perempuan yang memilih harta tapi saya masih perempuan yang memerlukan laki yang direstui keluarga. mudah2an Allah bersama saya. istikharah, hajat, tahajjud masih diteruskan seperti biasa. kekuatan diperlukan. ketabahan ditambahkan.

mudah2an si dia dapat menerima keputusan ini seadanya. amin.



kbai.


Sunday 29 July 2012

ramadhan ke9

assalamualaikum

harini 29 july, genaplah ramadhan yang ke9. genaplah jugak seminggu sudah aku berpuasa dan bekerja. penat die, tok soh cakapla. memang capek bangat.

korang tau, fes day pose, maknenye hari senin lepas, aku terus tido lepas berbuke ngan semayang maghrib tu. ta tau la penat tang mane. tapi aku rase, mungkin sebab aku cergas dan cerdas sangat hari tu an. haha.
jalan ke sane ke sini, ke hulu ke hilir. hospital tu plak bukannyer ade setingkat due je tapi de 8 tingkat. 8 tingkat tuh. mau terjeliq anak tekak kalu naek tangga, tapi aku naek lif ler. kemudahan kan ade. hehe~

pastu plak, dalam sehari tu, bukannye sekali due naek atas, tapi banyak kali gak la. kijenye, nak respong requestla, buat ppm la. sonok punye sonok buat kije, balik umah daa tido tak sedar diri. macamla penat sngat kan?haha. tapi damn serious, penat der.~

then, bile daa masuk next day puase, aku da bley adapt ngan sume tu. pastu, aku pon kurangkan naek atas jugak. bukannya tak nak naek atas, tapi kije daa kurangla. siyes, i frust tau. tapi ekceli ok gak, boley la aku save energy skit. haha~

 btw, slmat berpose sume.

                                        *pict tade kaitan langsung. saje nak buh.haha~

kbai~

Tuesday 24 July 2012

mata hati perasaan

assalamualaikum

mata hati perasaan. 3 perkataan banyak makna tapi saling berkaitan antara sesama. ternyata antara mereka bertiga, cukup susah untuk menipu, cukup tak bijak untuk tidak berkata benar.

mata yang bulat, sepet, terang, bundar punya satu sifat yang sama. tidak bisa berkata tapi sentiasa menunjukkan satu maksud yang dapat dibaca semua. kesedihan melanda, kolam takungan mata pasti akan penuh serta merta tanpa dipaksa tanpa direla tanpa dapat diseka. oh mata menangis. pabila bahagia datang menjelma, mata berkaca penuh bahagia datang menerpa. hati melonjak bahagia pasti tergambar jelas di matanya yang penuh intan permata. ternyata mata yang kecil, peranannya cukup besar, jelas tergambar dan memang dipunya oleh setiap manusia. syukuri nikmatnya.

sekeping hati dibawa berlari (aku ta tau lagu nasyid aku ni betol ke tak). dibawa pergi jauh. dicuri oleh jejaka sesiapa. mudahnya serahkan hatinya si dara pada teruna. bahagia bersama. enak diulit bahagia. tatkala kebosanan menghampiri, si teruna meninggalkan si dara. oh si dara mula merana. tapi mana mungkin hati dipulangkan dalan keadaan asalnya. hatinya yang dulu cantik bersih suci, kini terluka, dicalari, digarap dengan kesedihan dan kemurungan. hati si dara terkunci untuk sesiapa jua. nekad untuk tidak bercinta mana mungkin untuk menerima insan asing dalam hatinya. hatinya tidak bisa menipu. sesiapa jua yang datang menjengah hatinya,tidak pernah berjaya walaupun seketika. ternyata hatinya yang lama tidak bisa menipu sesiapa dan termasuklah hatinya.

perasaan. penatnya manusia bermain dengan perasaan.andai perasaan itu bahagia dan gembira, haruslah ia kekal bersama dan tidak pula pergi jauh darinya. hari2 penuh ceria. umpama mengira butir pelangi yang tak pernah habis ditelan sesiapa. umpama mengira butir permata dalam celahan pasir tapi penatnya tak pernah terasa. oh perasaan bahagia yang sangat ingin dimiliki oleh sesiapa. if skating is great, but true love is even better. damn serious. tetapi andai bahagia hilang entah ke mana, pasti sengsara datang menjelma. sengsara yang datang bersama kabar duka. hari2 yang ceria hilang entah ke mana, tanpa sebarang petunjuk dan arahnya tapi semuanya kian jelas tergambar di riak wajanhnya. bersama tangisan, hilangnya senyuman, perginya keketawaan. perasaan yang sekeping tapi tergambar oleh oleh soul yang satu. 

mata hati dan perasaan yang merangkak ke alam dewasa tapi masih punya sifat yang murni. memang tak pandai menipu. oh manusia. kepada hati, bersabarlah. andai hati tidak boleh menipu, mudah2an Allah membaca seluruh isi hatimu. mana mungkin kabahagiaan datang bergolek begitu saja.

kbai

ps :: coretan semata, tiada kaitan dengan sesiapa.





internship + ramadhan

assalamualaikum

lame sudaa tak menjenguk, menconteng2 kat blog ni. makin kusam dan makin muram. tapi follower aku daa makin bertambah. such a great thing happened! liked!!~

so, aku kat seremban ni daa masuk minggu ke enam. hampir sebulan yang melebih2. and banyak mende baru yang aku blaja setiap hari. jalan baru, tempat baru, orang baru, environment baru. minggu pertama sangat kekok. tapi aku cube hapal jalan, sesuaikn diri dengan napas baru, cube makanan baru. pengalaman baru yang sngat berharga. 

minggu kedua, sumenyer da beransur terbiasa. terbiasa dengan masak lomak cili api, asam pedas yang giler pedas, kawan baru yang besh2 blake and also kije intern aku yang besh jugak.

then, Allah permudahkan urusan aku bile aku tak yah g kije naek teksi lagi.yahuuu.~ sonok der der kawan baru yang sngat baek hati. kikiki~

aku mati kutu plak nak tulis ape lagi kat sni.
slamt berpuase semua.(^.^)

kbai.

ps :: ape beza anjing laut dengan singa laut?hahah~