Monday 27 February 2012

adnan sempit vs lulu rempit...

assalamualaikum...

sunyinye duk umah sorang2.
aku tak boley duk sorang2.
aku tak kuat.
aku takut.

berbekalkan sedikit kekuatan yang kian menipis, akhirnya aku berjaya harungi suatu petang yang sangat sarat. sarat dengan kayuhan drama, sedikit dusta menjadi pelengkap. kabaran daripada portal mengejutkan aku. emosi tercabar. kesabaran kian luluh. hatiku hancur. namaku tiada dalam senarai. dem!!~ memang tak patut. lantas dengan hati yang kecik lagi jahil, aku belajar untuk redha, aku belajar untuk menjadi bertambah kuat. mungkin bukan rezeki aku. redha itu ikhlas. pasrah itu menyerah. rakan jua tempat mencurah hati dan perasaan. langsung membawa diri ke kangar bersama teman. buku itu menjadi pilihan. lega buku yang dicari itu ada ditempatnya. sedikit terubat luka di jiwa. selesai agenda, rumah menjadi destinasi pilihan. tiada tempat lain yang dituju. tanpa disangka, hujan turun membasahi bumi perlis sekaligus aku turut kebasahan.buku diselamatkan, perjalanan tetap diteruskan. masakan tidak, jarum jam kian menunjuk ke angka tujuh, siang bakal melabuhkan tirainya malam akan menjengah nanti. aku ketakutan di boncengan. diriku kian kebasahan. cerita ni takde motip. cume nak bagitahu aku sedh gilorr. lulu stay wif me slalu keyh. merempit dalam hujan yang sangat lebat adalah sangat mencabar sebenarnya.*brape banyak nak sangatla.haha













gamba2 aku berjaya disnap oleh aku mase event muroc semalam.
sekian.
terima kasih.
kbai.

ps1 :: gamba takde kene mengena dengan entri.haha.
ps2 :: kawan itu bersama waktu susah dan senang.
ps3 :: bersabar.

Sunday 26 February 2012

kangen band...

assalamualaikum...

entri ke2 dalam mase 5 min.
haha.
aku rindu dia.
ya Allah.haram bagiku untuk berpersaan sebegini pada lelaki bukan muhrimku ini.
kurniakan ku kekuatan.
berikan ku ketenangan.
tunjukkan bagi ku jalan kebenaran.

aku tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. 
aku simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami aku selepas akad nikah kelak.

istiqamah....
sekian.
kbai.

cinta Dia...

assalamualaikum...


Hubungan kita dengan Rasulullah s.a.w adalah umpama IKAN dengan AIR atau MANUSIA dengan UDARA . 
Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik dalam semua hal .
 Dekatkanlah diri kita dengannya semoga kita akan dapat panduan yang sebenar dalam menghayati agama Islam ! :)
aku masih belajar mencintai Dia dan kekasihNya.

sekian.
terima kasih.
kbai.

ps1 :: muroc besh.
ps2 :: 3 idiot pon besh jugak.
ps3 :: cuti lagi 2 hari ni.



Saturday 25 February 2012

keajaiban...1

assalamualaikum...

siang tadi.berlangsung la seminar intra.
setat pukul 8 abes pukul 5.
i tell u memang penat sangat.
tapi syiok jugak tau.
sebabnyer boleh gain new knowledge.
tambah2 intern pon daa mkin dekat daa ni.

tapi kali ni aku bukan nak cite pasal intern, tapi nak crite pasal satu keajaiban yang jadik kat aku mase kat masjid siang tadi.
macam yang aku bgtahu memule tadi,seminar aku setat pukul 8 sampai pukul 5 an.
jdik maknanyer aku kene la semayang zohor kat masjid.
name masjid tu Masjid Syed Alwi Kangar.

ni la gamba masjid tu dari pandangan depan.*gamba curik kat google.
alkisahnya bermula bile je aku smpai kat masjid tu.
aku mule menapak dengan kaki kanan.
sunnah nabi tu.dapat pahala.buat keyh.ngee~
bile daa siap amek semayang semua, aku pon gerak la menuju ke tempat semayang perempuan.
kalau nak diikotkan, deko masjid ni laen skit drpd masjid2 yang aku pernah pegi sebelom ni.
pasainye tempat amek air semayang kat masjid ni agak jauh sikit la.
so aku kene la pakai tudung kalu nak kua dari bilik amek air semayang ke tempat semayang tu.

bile je aku masuk dalam masjid tu,aku cepat2 carik kaen semayang.
sebabnye aku tak bawak kaen semayang sendiri.
pastu aku terus duduk ngan membe aku sume.
waktu aku duk pakai kaen semayang,tetibe seorang mak cik dari hujung dinding sane panggil aku.
lantas mak cik tu mulekan perbualan.

mak cik : kamu pernah pegi semayang kat masjid terapung?

aku : tak pernah mak cik. mase kecik2 dulu pernah la. kalu balik kampung kat tengganu, mesti singgah masjid tu mak cik.

mak cik : bukan masjid tu. masjid terapung kat kuala perlis la.

aku : ooo yang kat situ. pernah gak g mak cik.tapi jarang2 la.sebabnye saya takde moto kereta. kadang2 je la g ngan membe.*tersengih2 malu sendiri.hehe

mak cik : oo ye ke.takla.mak cik tengok rupe macam kawan mak cik. kawan mak cik tu rajen jugak datang masjid terapung dengar ceramah.

aku : oo yeke mak cik. muke serupa la ye. tapi sat2 aku bermonolg dalaman sorang2,kawan mak cik tu tue ke mude. arap2 la kawan mak cik tu mude ye sebab aku pon mude lagi.hehe

pastu tetibe mak cik tu tengok kat membe aku sume and cakap samting yang sangat menyentapkan aku.

mak cik : kamu ni tak semayang tahiyatul masjid kan? kalu tak semayang, kamu tak boleh duduk dalam masjid tau. kene berdiri sampai la masuk waktu pastu terus semayang.

aku : oh mak cik.malunyer saye.*sambil menutup muke. besenyer kalu saye pegi masjid dengan mak saye, saye semayang gak mak cik. tapi kali ni terlupe plak mak cik.

mak cik : haa.kamu tengok kawan kamu tu,yang tu pon tak semayang jugak.

aku : *aku hanya mampu tersenyum.

kalu nak diikotkan perbualan aku ngan mak cik ni panjang lagi tau.tapi aku pendek kan je la.
mak cik sempat berpesan kat aku supaya semayang tahiyatul masjid sebelom duduk dalam masjid.
mak cik tu pon sempat berpesan gak kat aku supaya amalkan semayang sunat qabla dan ba'da.

waktu tu aku termenung seketika.
terdetik di hati kecil nuraniku.
dapat ku rasakan bahawa Allah telah menghantar mak cik ini untuk membetulkan kesilapanku.
betapa besarnya kuasa Allah.
satu lagi petunjuk Allah yang menyedarkan ku.

mak cik,terima kaseh atas teguran mak cik.
insyaAllah semayang tahiyatul masjid, semyang sunat qabla dan semayang sunat ba'da takkan aku abaikan.
Ya Allah, aku bersyukur padaMu.
sekian.terima kaseh.
kbai.



ps1 :: akpk pkpk.haha
ps2 :: istiqamah.



Friday 24 February 2012

flies with fabolous friends on friday!!~

assalamualaikum...

tak nak skiping london pnjg.
nah tengok ni.
sebab picture speaks more than words.



library in 50 languages.*sile abaikan due org itu.haha

cermin dlm surau yg sangat besh.dan airnyer yg mcm dalam gua.syiookk!!~

lobi dari pandangan atas.gempak u!!~hehe

sekali ngan kubah pon aku kagum gak.haha

berusaha tangkap gamba bersama.gune self timer camera.akhirnya.haha

kat library pon boley pinjam cd.haha


ala2 spiderman gitu.haha
sekian untuk kali ni.
terima kaseh.
kbai.
ps1 :: esok ade seminar intra.
ps2 :: cuti ade lagi 4 ari.adoyai.
ps3 :: istiqamah selalu.

Wednesday 22 February 2012

cantek...

assalamualaikum...


saya perempuan.
awak lelaki.bukan awak yang tu.
tapi awak yang berkopiah dan berserban.
haa.awaklah lelaki.


duhai lelaki...

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


duhai lelaki...

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya.
kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.' [Hukamak]


duhai lelaki...
PERMATA sudah berada di tangan , tapi masih berpegang dengan seketul batu hitam , yang tiada nilai !! Kenapa begitu sukar untuk bersyukur ?

berterima kaseh pada Allah selalu.syukur.*takde kaitan.abaikan.huhu

ps1 :: cuti seminggu.takde kelas.tingkatkan usaha.selamat maju jaya.
ps2 :: konsisten makan ubat.
ps3 :: konsisten dan tingkatkan rasa cinta pada Allah.





Tuesday 21 February 2012

peberet...

assalamualaikum...


hai korang.
sat2 ni terpki nak cite psal slah satu surah peberet aku.
aku suke bace surah ni.
tambah2 bila aku rase tak tenang sangat.
aku cuba nak amalkan baca surah ni tetiap malam.
kat bawah ni ada semua detail pasal surah ni.





biodata surah feberet aku.

:: Al-Waqiah

:: surah kekayaan.

:: surah yang ke-56.

:: terletak dalam juzuk ke-27.

:: terdiri daripada 96 ayat.

:: Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

:: ada jugak terangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. 

:: antara kelebihan surah ni...

:: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

:: Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

:: Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

:: Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


:: khasiat surah ni...


 :: dibaca sebagai wirid -  insyaAllah beroleh kesenanganselama-lamanya.
::  dibaca surah ini setiap malam satu kali -insyaAllah dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
 :: dibaca  14 X setiap lepas Solat Asar - Insya’Allah dikurniakan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
:: dibaca  41 X dalam satu majlis - Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
:: dibaca 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak - Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

:: cara terbaek untuk amalkan surah ni...
::  dibaca setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
::  dibaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
:: dibaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam

::  dibaca sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

ok.cukup sampai sini.
sila baca dan amalkan jugak.
banyak kelebihan.
tapi jangan pulak berangan nak kaya kalu O.K.U(org kurg usaha).
kbai.

"AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU"

ps1 :: sakit perot belah kiri tandanye sembelit.
ps2 :: sakit perot belah kanan tandanya sakit gastrik.
ps3 :: lebih tenang ketika bersamaNya.

Monday 20 February 2012

buang.

assalamualaikum...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.2:286.

terima kasih ya Allah.

dalam sekelip mata tiada lagi rahsia.

hijab dibuka.

hati menerima.

kesabaran kian dipuncaknya.

ternyata dia satu lagi kesilapanku.

belajar dari kesilapan.

belajar menerima kenyataan.

hidup perlu diteruskan.

buang segala kenangan.

mendukung cita2 dan harapan.

moga satu hari kejayaan dalam genggaman.

dia akan ku buang dalam lautan.

Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.

Cinta Allah adalah cinta SEJATI yang kekal abadi.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

terima kasih ya Allah.

terima kasih atas petunjukMu.

Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.




masih mencari-cari hidayah Allah.semoga dipermudahkan.amin.



Sunday 19 February 2012

10 min bersamaNya...

assalamualaikum...


hujan rintik2. air bergelora.
emak bagi duit.ayah bagi duit.
hehe.korg sume msti engat lagi an lagu ni an?
msti korg semua suke nyanyi lagu ni mase korang tengah hingusan
meleleh dulu an?
hehe.so memorable kan?



malam ni hujan rintik2. tido pon sodap ni.
malam ni nak bercakap ala2 motivasi gitu.
banyak bende nak dicakapkan.
banyak bende nak diluahkan.
sape nak bace,teruskan membaca.
sape tak nak tutup mate.haha




tapi tak perlu la korang tutup cmni lak.huhu...


10 minit bersamaNya.
bunyiknyer ringkas. dalam maksudnya dan bukan senang nak diamalkan.

korang semua pernah tak dengar ayat kat bawah ni?

sehari tanpa membaca al-quran adalah tidak sempurna bagi seorang muslim itu.

ayat kat atas tu memang bagitahu kita tentang kepentingan kita meluangkan masa bersamaNya. Luangkan sekurang-kurangnya 10 min untuk bersamaNya. Tak dinafikan setiap hari kita luangkan sekurangnya 25 min untuk dirikan tiang agama kita. apa kata tambahkan sikit 10 min untuk mengaji pulak. kalau boleh curila sikit 10 min untuk lembutkan hati, bersihkan hati dengan membaca ayat alQuran yang tersangat indah ini. Bacalah sikit walaupun kita tak paham. Dan waktu yang paling digemari ramai untuk membaca kitab indah ini ialah antara waktu maghrib dan waktu isyak. 




10 min tu bukanla lama sangat pon kalau nak dibandingkan dengan online facebuking, blogging, tagging, tapi bukan legging pulak ye.hihi.
lagipon kalau kite selalu engat kat Allah, nanti mesti Allah selalu engat kat kite jugak. Allah itu Maha Kaya. Love ALLAH because He loves you.

aku pun hanyalah insan biasa. kadang-kadang lupa, kadang-kadang alpa, kadang-kadang lalai dengan dunia. tapi 10 min tetap diperlukan setiap hari. 

so kawan-kawan, yuk kite semua luangkan 10 min untuk bersamaNya setiap  hari. barula lengkap hidop kite seharian sebagai seorang muslim. Berubah itu senang tapi nak konsisten itu sangatlah susah. Mulekan dari bawah. Mulekan dengan langkah pertama. Biarlah lambat dengan merangkak, insyaAllah pasti boleh berlari jugak kelak.
amin.
kbai.

ps1 :: esok fes day kelas sem 6 ni.
ps2 :: istiqamah dengan niat perubahan diri.
ps3 :: bercinta selepas kahwin juga yang kita akan cari.





Saturday 18 February 2012

sem 6 suda bermula!!~

assalamualaikum..

Perbezaan seorang lelaki dewasa dan budak lelaki ialah lelaki dewasa menuju MATLAMAT, budak lelaki HANYUT tanpa haluan.
sekadar peringatan smate-mate,sila abaikan.
ngee~



okei. harini hari ahad, besok ari isnin. tak payah bgtahu pon takpe,budak skola pon boley jawab kan? dem!. haha.
officially,kelas aku buat sem 6 kat unimap ni aku setat ari senin ni. but now,aku lgsung tak prepare pape dri segi mental mau pun fzikal. sbb ape kne mental ngan fizikal plak? harusla mental dgn fizikal sebabnyer sem ni tetibe jdik ketat sngat. arggghhh.dem!! Lepas siap daftar sume subjek td,lpas hitung kira sumenyer, total subjek aku sem ni ialah 6!!~MasyaAllah. 6 bnyak tu. Sem lpas pon 5 subjek jek. Maka shubungn dgn itu,aku hrusla kuatkan smangat aku dan tak jgak untk putus ase. Bak kte org jepon ke korea ntah,GAMBATE!!haha

haa. ni la sregistration slip aku. amcam korg yg u len? sme tak slip kite ni? hehe.

yg sebenar-benarnyer sbjek aku sem ni cume la 4 jek subejk teras.tp cmpur dengan 1 subjek wajib. 1 lagi subjek aku amek sbb nak repeat bekki gred aku. sumenyer gara2 sem 1 aku dulu tu bnyak main. dem!!. skang ni baru tahu, haa tu makn dia.haha.

tadi dok search mcm2 kat tenet, pastu sempat plak aku ngusha psal sume bnde yg aku nak blaja sem ni. memg macam2!!~. harus kuat slalu.huhu.


ENT 111/4 ANATOMY & PHYSIOLOGY
An introductory course to human anatomy and physiology, the students will be exposed to the basic knowledge on cell and tissues, skin and appendages, circulatory and cardiovascular system, the respiratory system, nervous system, special senses, the musculoskeletal system, digestive system and metabolism, lymphatic and immune system, the endocrine system, urinary system and also the reproductive system. At the end of the course, the students are expected to master the anatomical and physiological aspects of the human body and able to apply basic engineering principles in solving health problems.
 
 ENT 221/3 BIOMEDICAL ACTS, STANDARDS & SAFETY
The course aims to introduce the acts and standards used in biomedical engineering. This includes ethical issues and the power system safety of electrical appliances especially medical equipments. The course focuses on the safety issues in the healthcare institution which particularly emphasized on medical devices and their interrelation with the hospital’s environment.
 
ENT 223/3 MACHINE & ELECTRICAL DRIVES
This course provides the students both theories and applications of electrical machines and drives which include different types of motor, generator and transformer. This course allows the students to identify and select a suitable electrical machines and drives for various applications.
 
 
ENT 317/4 MEDICAL ELECTRONICS & BIOINSTRUMENTATION
This course is designed to introduce the students to medical instruments used at hospitals and in medical industries. At the end of the course, the students are expected to provide clear understanding in various medical instrumentation principles and demonstrate the ability to apply basic sensors and design basic electronic circuits for medical application.
 
 ENT 318/3 ARTIFICIAL ORGANS
This is a course on artificial organs that is used for the heart, kidney, lung, pancreas and ear. This course focuses on the implementation of artificial organs by understanding the anatomical, physiological and biological transport aspects of the respective organs. At the end of the course, the students are expected to have the ability to apply the concepts and fundamental principles of the artificial organs and perform simple modeling and simulation task.
 
 

haa ni la die. preview sikit pasal subjek yg aku kene MENTELAAH sem ni.bnyak woo.
sume ni pon aku rujuk kat SINI. sila klik untuk tahu lebih pasal Unimap. jgn nganga smpai lalat boley masuk mulut korang plak kalu aku cite psal Unimap lagi pasni. dem!! haha.

huh.siap entri aku pasal subjek yg aku amek sem ni. mudah2an sem ni aku akn perform yg lg bgus drpd sem lepas.
tp aku tetap nak cakap syukur sngat kat Allah dngan result aku sem lepas.sedikit membrangsangkan.
hehe.result korg plak cmne?
kbai.


ps1 :: kenyang mkn stim bot td.
ps2 :: btambah stim bile tengok pmpn suapkan lelaki sblah die tp pngang tngn laki dpn die.haha.
ps3 :: istiqamah dengan prubahan diri.jaga aurat selalu.